Samson Sundang Gunsanad
Samson Sundang Gunsanad

Samson Sundang Gunsanad


Samson Sundang Gunsanad (atau sering ditulis sebagai Gunsanad Samson Sundang atau G.S. Sundang) (lahir 23 Ogos 1909 – 6 Jun 1996) ialah seorang ahli politik di Malaysia berasal dari Sabah.Pada 1961, beliau bersama-sama pemimpin tempatan telah menubuhkan parti politik pertama di Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO). Walau bagaimanapun, beliau telah meninggalkan parti tersebut dan bersama-sama abangnya O.K.K. Sedomon telah mengasaskan Parti Pasok Momogun Kebangsaan Bersatu (UNPMP, atau Pasok Momogun) pada 1962[1]. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli politik tempatan Borneo Utara yang menentang pembentukan Malaysia pada awal tahun 1960-an, namun akhirnya telah bersetuju dengan pembentukan negara tersebut pada 1962[2].Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pertama semasa kepimpinan Fuad Stephens dari tahun 1963 hingga 1967.Pada 1964, beliau telah menjayakan pembentukan Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu (UPKO) yang menggabungkan Pasok Momogun dengan UNKO yang dipimpin Fuad.[3]

Samson Sundang Gunsanad

Lahir Samson Sundang Gunsanad
(1909-08-23)23 Ogos 1909
Kampung Banduk, Keningau, Borneo Utara
Tempat persemadian Bingkor, Keningau, Sabah
Meninggal dunia 6 Jun 1996(1996-06-06) (umur 86)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Didahului oleh Anthony Gibon
Mewakili USNO
Digantikan oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Pasangan Louisa Liew
Keluarga Gunsanad Kina (bapa)
O.K.K. Sedomon (abang)
Tun Ahmad Koroh (anak saudara)
Dilantik oleh Tun Mohammad Fuad Stephens
Parti politik UNKO (1961-1962)
Pasok-Momogun (1962-1964)
UPKO (1964-1967)
PASOK (1978)